Wednesday, September 24, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Assalammualaikum....wbt....
Pertama sekali mengucapkan terime kasih kerana mngunjungi blog yg tidak seberape ini....
huhhuhu......
Bersempena bulan baik dan hari baik ini....
sya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf......
kepada sekalian sahabat yang mengenali diri ini....
sekiranya terkasar bahasa, mengumpat dgn sengaja...
mengutuk tanpa niat kerrr....
terpukul mane-mane kerrr...
bergurau dgn kasar kerrr....
klw tak boleh gurau duduk surau lerrr.....hehehe
harap dapat dimaafi...
kerana itu semua asam garam dalam persahabatan insan yang bergelar manusia
Disamping itu,
mengucapkan.......
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR & BATIN...
semoga kehadiran lebaran ini membawa seribu makna dan pengertian kepada kita semua....
jgn lupe duit raye.....
hohohohoh......balik kampung.....hohohohooo balik kampung
aku nk pungut duit raye satu kampung....
tak sabar tuu nak main mercun....
hahahahaha......


Friday, September 19, 2008

Apa Kita Sebenarnya!!!!!!!!!

Kita sebenarnya..
..Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..
Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..
Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..
Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..
Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..
Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka


Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan Yang Diingati


Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita sempat menyapa dan mendakapinya penuh erat. Ia kurniaan Ilahi maha hebat, cukup sempurna, menyejukkan gelisah, mententeramkan resah. Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka. Masya-Allah.

Namun, ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah. Berapa ramai anggota keluarga terdekat dan teman rakan, yang bersama kita Ramadan setahun lalu, kini tiada lagi, tidak sempat untuk menikmati ujian dan menjalani tarbiyah dalam madrasah penuh pengorbanan ini.

Justeru jangan terleka. Peluklah dengan penuh kecintaan - setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah - Ramadan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.

Detik nafasmu adalah ibadah. Tidur rehatmu adalah ibadah. Apa lagi dengan bertadarus, menyantuni anak yatim, menyempurnakan silaturrahim, membela golongan tertindas, bersedekah, memuliakan ibu bapa, mengasihi orang tua, membantu golongan tidak berupaya, menyediakan bahan berbuka, selain berdoa dan memanjangkan sujud, serta menghidupkan malam dengan munajat dan taubat selepas bertarawih, sementara menanti malam seribu bulan.

Menghampiri Ramadan kerap mengingatkan saya tentang pemergian secara tiba-tiba buat selama-lamanya, arwah atuk kesayangan , Hjh Siti Bte Ahmad, lebih kurang 6 tahun lalu. Pemergiannya yang tidak diduga pada 19 September 2002. Kesihatan yang ditunjukkan pada awalnya tidak kami sangka bertukar secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun kami semua sekeluarga menerimanya dengan hati yang redha dan tabah agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Benar sekali sabda nabi. Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati. Rasulullah pernah ditanya tentang orang Mukmin yang paling mulia, maka jawabnya adalah orang yang paling baik akhlaknya.