Thursday, January 7, 2010

SUMBER UNDANG-UNDANG

Setiap negara mempunyai peraturan dan undang-undangnya sendiri yang dibentuk melalui proses sejarah dan perkembangan masyarakat. Perkembangan undang-undang pula selalunya mengambil tempat dengan dipengaruhi oleh beberapa factor. Faktor-faktor inilah yang dipanggil sumber undang-undang. Undang-undang terbentuk melalui sumber seperti adat resam, agama, keputusan mahkamah, perbincangan ilmiah, ekuiti dan dewan perundangan.

Adat Resam

Apa yang dimaksudkan dengan adat resam ialah asal undang-undang yang paling lama sekali. Dalam masyarakat yang masih kuno sebarang selisih faham diselesaikan dengan berpedomankan kepada adat resam yang dianuti pada ketika itu. Sebagai contoh Adat Perpatih merukan salah satu daripada asal undang-undang bagi Negeri Sembilan. Kita tahu undang-undang ini berlainan sedikit dengan undang-undang negeri-negeri lain yang mempunyai adat resam yang agak berbeza.

Tidak dapat dikenalpasti bilakah adat resam ini bermula tetapi apa yang diketahui kita ianya merupakan tindakan bersama dalam sesuatu masyarakat yang ahli-ahlinya mempunyai persamaan dari segi perilaku dan cirri-ciri kehidupan seharian. Adat resam juga merupakan satu kebiasaan yang menjadi ikutan dari satu generasi kepada generasi yang lain sehingga ianya menjadi peraturan yang diikuti oleh semua. Dari kacamata politik, adat resam bukannya undang-undang kecuali apabila sebuah negara itu mengiktiraf bahawa peraturan adat resam sebagai undang-undang. Namum demikian, negara tidak mengenepikan adat resam walau berapa kuat sekalipun kekuasaan negara itu. Seperti contoh, apabila orang Inggeris menjajah Malaysia, agama dan adat resam orang tempatan tidak disentuh kerana ianya boleh mengakibatkan pemberontakan di kalangan rakyat peribuminya. Dengan makna lain,walaupun peraturan pentadbiran negara itu telah ditetapkan oleh undang-undang, peraturan hidup dan adat resam orang-orangnya tetap dihormati dan diiktiraf sebagai undang-undang juga.

Agama

Manusia dalam kehidupan bermasyarakat memerlukan agama sebagai petunjuk kehidupan. Justeru, agama adalah kepercayaan manusia terhadap sesuatu kuasa yang terlalu tinggi bagi keupayaan manusia biasa untuk mengatasinya, dengan sendirinya telah mengatur manusia untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Setiap agama menggariskan etika hidup bagi panduan setiap umatnya. Etika hidup yang diamalkan darri satu generasi yang lain dan lama-kelamaan telah menjadi satu peraturan yang diikuti. Ajaran Islam menerusi al Quran telah mengariskan peraturan-peraturan mengenai bidang ekonomi, masyarakat dan keluarga serta dunia pentadbiran. Selain itu, agama Kristian dengan Kristiandengan kitab Injilnya yang menetapkan peraturan-peraturan kehidupan manusia ataupun agama Hindu dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kitab Manunya.

Oleh itu, peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh agama ini telah diiktiraf oleh perlembagaan negara sebagai undang-undang maka dengan sendirinya rakyat akan mematuhinya. Kehidupan masyarakat Islam Malaysia contohnya adalah tertakluk kepada undang-undang syariah terutamanya dalam perkara-perkara yang menyentuh perkahwinan, zakat, dan sebagaimana. Dengan sendirinya peraturan yang telah ditetapkan dalam agama Islam kini menjadi unddang-undang dan dikuatkuasakan kepada seluruh umat Islam di seluruh negara.Manakala, penduduk sesebuah negara yang beragama Kristian telah menetapkan supaya hari cuti ialah hari Ahad agar para penganut agama itu dapat hadir ke gereja pada hari tersebut. Begitu juga bagi negara-negara Islam, hari cuti ialah hari Jumaat kerana ianya hari mulia supaya umatnya dapat menjalankan ibadat. Oleh itu, sudah sepatutnya semua pejabat ditutup pada hari itu.

Keputusan Mahkamah

Wujud dalam sesebuah masyarakat tidak terlepas yang mana akan menghadapi masalah persengketaan dan selisih faham di antara satu sama lain. Mengikut peraturan dahulu kala, sebarang perselisihan faham selalunya akan melanjutkan perkara ini ke hadapan orang yang dianggap bijaksana. Pada peringkat ini keputusan akan dicapai, dan pada masa akan datang masalah yang serupa akan diselesaikan berdasarkan kepada keputusan tadi dengan merujuk kepada adat resam yang dianuti pada masa itu. Apabila masalah masyarakat didapati semakin rencam, amalan dan keputusan yang berdasarkan kepada adat resam tidak lagi sesuai apatah lagi jika persengketaan timbul dan golongan atau pihak yang mempunyai adat resam yang berbeza. Apabila situasi sedemikian timbul, adat resam yang selalunya dijadikan garis panduan akan diberi intepretasi dan keputusan akan dibuat dengan berdasarkan kepada alasan-alasan yang muhasabah dan logik. Keputusan ini pula akan menjadi teladan untuk dijadikan dasar sekiranya masalah yang serupa timbul pada masa akan dating.

Pada mulanya teladan dijadikan pedoman secara lisan dan diamalkan dari satu generasi ke satu generasi sebagai satu tradisi. Lama kelamaan oleh sebab manusia ingin menentukan supaya ianya lebih jelas dan tepat, segala teladan yang dikumpulkan ini dibukukan.teladan-teladan yang seperti disebutkan di atas akan disemak oleh hakim-hakim yang berkenaan dan dibandingkan dengan keputusan yang telah dibuat oleh hakim-hakim yang lain. Dengan sendirinya ianya telah menjadi sumber kepada undang-undang sebuah negara.

Perbincangan Ilmiah

Undang-undang juga boleh lahir menerusi perbincangan yang dibuat oleh hakim-hakim dan peguam-peguam bagi membentuk, memperkembang atau memnida undang-undang. Undang-undang yang wujud dan dianggap tidak sesuai ataupun bercanggah dengan kehendak atau kepentingan masyarakat selalunya dibincang. Walau bagaimanapun, pendapat hakim dan peguam dalam perbincangan ini bukanya merupakan keputusan.
Berdasarkan kepada undang-undang yang lepas dan yang sedia ada, hasil perbincangan akan memperolehi satu prinsip yang dapat diterima ramai. Dari prinsip inilah satu garis panduan akan dapat disusun bagi membolehkan undang-undang itu dibentuk dan dilaksanakan.

Ekuiti

Istilah ekuiti memberi pengertian yang lebih mirip kepada perkataan keadilan atau sama taraf. Undang-undang yang ada tidak pernah lengkap dan tidak akan lengkap. Ianya tidak dapat digunakan bagi menyelesaikan semua masalah. Kadang-kadang undang-undang itu tidak jelas dan kadang-kadang “senyap” mengenai sesuatu isu. Kadang-kadang, disebabkan oleh peredaran masa yang begitu cepat, undang-undang tidak lagi mampu atau kurang sesuai untuk mengatasi masalah masyarakat yang semakin rumit dan rencam.

Dalam keadaan di mana undang-undang yang ada tidak lagi dapat menyelesaikan masalah, prinsip ekuiti digunakan di mana kes-kes akan diselesaikan dengan berpandukan kepada fikiran logik. Dalam keadaan seperti ini, ekuiti bukan sahaja menolong melengkapkan undang-undang tetapi menjadikan undang-undang itu lebih fleksibel. Ekuiti juga dapat mengurangkan jurang yang ada pada sesuatu undang-undang itu.

Dewan Perundangan

Selain daripada adat resam dan agama sebagai sumber undang-undang, perintah daripada raja atau istana boleh dijadikan satu peraturan yang kemudiannya ditetapkan menjadi undang-undang. Sekarang ini peranan raja bukan lagi menetapkan undang-undang tetapi sebagai perestu di mana undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Perundangan akan ditandatangani dan seterusnya dikuatkuasakan.

Ini bermakna sumber undang-undang yang dahulunya dipegang oleh raja kini telah diberikan kepada rakyat dan suara rakyatlah yang pada lazimnya menetapkan undang-undang itu. Dalam keadan ini peranan dewan perwakilan yang selalunya diketuai oleh eksekutif dan parti yang memerintah memainkan peranan dalam membuat, meminda atau memansuhkan undang-undang. Kaedah ini sekarang telah mengambilalih kaedah-kaedah yang lain dan telah banyak diamallkan di negara-negara yang mengamlkan pemerintahan demokrasi. Walau bagaimanapun amalan-amalan yang lama tetap dianggap penting kerana adat resam, agama ataupun ekuiti masih memainkan peranan dalam menetapkan undang-undang negara.