Thursday, November 6, 2008

'Kemenangan tidak disangka'

Kemenangan Barack Obama sebagai presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat disifatkan sebagai detik bersejarah memulihkan 'luka' negara itu akibat perpecahan kaum yang brlanjutan. Malah kemenangan senator berumur 47thn itu turut dianggap pemimpin hak asasi manusia sebagi sesuatu yang tidak disangkan akan berlaku di Amerika. Obama yang bakal menjadi presiden yang ke-44, mencatat sejarah politik dan mengetepikan sentimen sepanjang kempen pilihanraya 2008 yang Amerika sememangnya belum bersedia menerima kehadiran presiden kulit hitam. Apa yang pasti, kemenangannya yang diraih selepas penggabungan pengundi kulit hitam dan kaum lain, meletakkannya menghampiri kata-kata keramat pejuang hak asasi manusia, Martin Luther King yang menginpikan kesaksamaan kaum, kira-kira 45thn dahulu. Berlatarbelakangkan perkauman dan perjuangan kulit hitam Amerika bagi mendapatkan kesaksamaan sosial dan politik, Obama secara rasminya menjadia presiden Amerika pada 20 Januari 2009. Harap-harap tidak mengikut jejak langkah Bush!!!!!!

We are Champion!!!!!!



nialah dier team2 FSSK!!!!

kite berdua menang beb...rm500 tu...he3!!!!


TAHNIAH!!!!...Kepada semua pendebat2 Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan UPSI di atas kemenangan menjuarai pertandingan debat pencegahan rasuah (BPR) interfakulti. FSSK mengantar 3 pasukan pendebat(FSSK 1, FSSK 2, FSSK 3), pasukan FSSK 1 berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir menentang pasukan daripada Fakulti Sains Kongnitif & Pembangunan Manusia (FSKPM) dan berjaya menyandang gelaran juara...

Thursday, October 16, 2008

Monday, October 13, 2008

USUL DEBAT BPR 2008

USUL PERTANDINGAN DEBAT PENCEGAHAN RASUAH INTER-FAKULTI 2008

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

19 & 23 OKTOBER 2008

  1. INTERGRITI DAN KETELUSAN : MALAYSIA MODEL TERBAIK

  1. RASUAH DI MALAYSIA : KITA SUDAH BERJAYA

  1. PENYELESAIAN MASALAH RASUAH TERLETAK DI TANGAN MASYARAKAT

  1. MAHASISWA KITA SUDAH BERINTEGRITI

  1. ARTIS KITA KURANG BERINTEGRITI

  1. KEMELUT PENGURUSAN PUNCA SUKAN KITA MALAP

  1. SKIM CEPAT KAYA : KITA TIDAK SERIK

  1. CETAK ROMPAK : KITA SEMAKIN BERJAYA

  1. INTEGRITI KITA HANYA DI ATAS KERTAS

  1. TEKAD 2008 : KITA TELAH MENCAPAI MATLAMAT

  1. DALAM DIAM DASAR PECAH DAN PERINTAH MASIH TERBUDAYA

  1. MONOPOLI EKONOMI MENGANCAM PERPADUAN NEGARA

  1. NGO PERLU LEBIH BERANI MENANGANI MASALAH RASUAH

  1. DEMI KESEJAHTERAAN, MEDIA PERLU LEBIH BEBAS DALAM ISU RASUAH

  1. PEMIMPIN KORUPSI PUNCA KEJATUHAN PEMBANGUNAN NEGARA

  1. RASUAH MENGANCAM KESTABILAN EKONOMI NEGARA

  1. POLITIK WANG : NASI SUDAH MENJADI BUBUR

  1. KELAB ANTI RASUAH : BAGAI MELUKUT DI TEPI GANTANG

Wednesday, September 24, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Assalammualaikum....wbt....
Pertama sekali mengucapkan terime kasih kerana mngunjungi blog yg tidak seberape ini....
huhhuhu......
Bersempena bulan baik dan hari baik ini....
sya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf......
kepada sekalian sahabat yang mengenali diri ini....
sekiranya terkasar bahasa, mengumpat dgn sengaja...
mengutuk tanpa niat kerrr....
terpukul mane-mane kerrr...
bergurau dgn kasar kerrr....
klw tak boleh gurau duduk surau lerrr.....hehehe
harap dapat dimaafi...
kerana itu semua asam garam dalam persahabatan insan yang bergelar manusia
Disamping itu,
mengucapkan.......
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR & BATIN...
semoga kehadiran lebaran ini membawa seribu makna dan pengertian kepada kita semua....
jgn lupe duit raye.....
hohohohoh......balik kampung.....hohohohooo balik kampung
aku nk pungut duit raye satu kampung....
tak sabar tuu nak main mercun....
hahahahaha......


Friday, September 19, 2008

Apa Kita Sebenarnya!!!!!!!!!

Kita sebenarnya..
..Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..
Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..
Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..
Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..
Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..
Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka


Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan Yang Diingati


Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita sempat menyapa dan mendakapinya penuh erat. Ia kurniaan Ilahi maha hebat, cukup sempurna, menyejukkan gelisah, mententeramkan resah. Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka. Masya-Allah.

Namun, ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah. Berapa ramai anggota keluarga terdekat dan teman rakan, yang bersama kita Ramadan setahun lalu, kini tiada lagi, tidak sempat untuk menikmati ujian dan menjalani tarbiyah dalam madrasah penuh pengorbanan ini.

Justeru jangan terleka. Peluklah dengan penuh kecintaan - setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah - Ramadan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.

Detik nafasmu adalah ibadah. Tidur rehatmu adalah ibadah. Apa lagi dengan bertadarus, menyantuni anak yatim, menyempurnakan silaturrahim, membela golongan tertindas, bersedekah, memuliakan ibu bapa, mengasihi orang tua, membantu golongan tidak berupaya, menyediakan bahan berbuka, selain berdoa dan memanjangkan sujud, serta menghidupkan malam dengan munajat dan taubat selepas bertarawih, sementara menanti malam seribu bulan.

Menghampiri Ramadan kerap mengingatkan saya tentang pemergian secara tiba-tiba buat selama-lamanya, arwah atuk kesayangan , Hjh Siti Bte Ahmad, lebih kurang 6 tahun lalu. Pemergiannya yang tidak diduga pada 19 September 2002. Kesihatan yang ditunjukkan pada awalnya tidak kami sangka bertukar secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun kami semua sekeluarga menerimanya dengan hati yang redha dan tabah agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Benar sekali sabda nabi. Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati. Rasulullah pernah ditanya tentang orang Mukmin yang paling mulia, maka jawabnya adalah orang yang paling baik akhlaknya.

Sunday, August 31, 2008

KEPIMPINAN TERBARU

Bersempena dengan kemasukkan semester 3 thun ini..kami dengan bangganya melantik diri tanpa persetujuan sape-sape sbgai majlis tertinggi penginapan pelajar d Bahtera Arked....dan tanpe ragu-ragu anda bleh mngadukan msalah yang berkaitan shj kpd kami.......huhuhuhuhuhu....

Friday, August 8, 2008

Dunia Mahasiswa


Pengalaman di dalam Pertandingan Debat Naib Canselor UPSI

Kawan Baru

Bakal Perdana Menteri Ke-6....hahahaha